apple hijau: sayang 3 dalam 1

my followers =)

sayang 3 dalam 1



cantikkan cover novel ni ?

dalam masa sehari aku boleh habiskan novel ni ! haha, nak bangga orang lain lagi cepat. ngee~

act, cerita ni best la. aku suke sangat watak utama dlm novel ni.

memang lame aku impikan seorang abang yang protective, dapat pulak abang yang hensem-hensem lagi la best. Haha!

ok la, nak promote jap. silalah beli novel hasil karya WEEDA AIRIZA yang berharga RM21 sahaja *murah kann ? dan boleh di dapati di mana-mana kedai buku. 

TERIMA KASIH!

Seronok kan bila jadi anak bongsu? Itu yang dirasai oleh Aryana. Macam Dania dalam drama bersiri Awan Dania! Disayangi, dilindungi dan dilayan bagi menatang minyak yang penuh oleh tiga orang abangnya.
Hmm… bila sebut tentang percintaan, Aryana menongkat dagu sambil bingung memikirkan pilihan hati. Pertemuannya dengan Arel sejak pertama kali bersua di dalam lif yang rosak, menyebabkan gadis itu menjadi tidak keruan. Hati jiwangnya mula terusik. Saat Aryana mula mengenal cinta, muncul pula Zafran menagih kasih yang tidak kesampaian. Cinta monyet zaman sekolah sudah berlalu dan kini jejaka itu benar-benar menyayangi Aryana. Gadis itu bertambah bingung apabila Aizam cuba mengetuk pintu hatinya yang sudah sedia dipecah masuk oleh orang lain. Amboi, kasih sayang buat dirinya datang bertimpa-timpa, sekali harung!
Mahu atau tidak, kehidupan harus diteruskan. Sekarang, hanya ada satu cara yang harus dilakukan. Fikir dan bertindak! The best man wins! Hati kata, pilihlah dia. Otak kata, jangan! Hei, kasih… yang mana satu pilihan hatiku?
sila baca sinopsis di atad untuk mengetahui lebih lanjut.


hey you ! thanks =)

0 budak comel komen :