apple hijau: cantiknya wanita ♥

my followers =)

cantiknya wanita ♥





♥ cantiknya seorang wanita itu, sebagai gadis bukan kerana merah kilau lipstik pada bibir mekar senyum kosmetik
♥ cantiknya seorang wanita itu, sebagai remaja tidak pada kulitnya mulus menggebu terdedah
♥ cantiknya seorang wanita itu, sebagai Hawa tidak kerana bijak meruntuh iman kaum Adam
♥ cantiknya seorang wanita itu, sebagai anak tidak menjerat diri pada kedurhakaan
♥ cantiknya seorang wanita itu, sebagai isteri menempuh badai di sisi suami
♥ cantiknya seorang wanita itu, sebagai menantu menjauhi persekongkolan ipar lamai
♥ cantiknya seorang wanita itu, sebagai ibu membuai anak, di kala suami menjalin mimpi
♥ cantiknya seorang wanita itu, sebagai mertua telus hati menagih kasih setara pada semua
♥ cantiknya seorang wanita itu, sebagai nenek menjaring teladan para anbia buat cucu-cicit
♥ cantiknya seorang wanita itu, sebagai warganegara peka membela nasib dan maruah negara
♥ cantiknya seorang wanita itu, sebagai warga tua menghitung hari dengan selembar mashaf
♥ cantiknya seorang wanita itu, sebagai intelektualis menyala obor mewangi setanggi profesionalis
♥ cantiknya seorang wanita itu, sebagai akidah solehah mengandam rindu kekasih pasrah di atas sejadah


P/S : AYAT DI ATAS SUNGGUH DALAM UNTUK DIFAHAMI :)



hey you ! thanks =)

0 budak comel komen :