cantiknya wanita ♥

♥ cantiknya seorang wanita itu, sebagai gadis bukan kerana merah kilau lipstik pada bibir mekar senyum kosmetik♥ cantiknya seorang wanita itu, sebagai remaja tidak pada kulitnya mulus menggebu terdedah♥ cantiknya seorang wanita itu, sebagai Hawa tidak kerana bijak meruntuh iman kaum Adam♥ cantiknya seorang wanita itu, sebagai anak tidak menjerat diri pada kedurhakaan♥ cantiknya seorang wanita itu, sebagai isteri menempuh badai di sisi suami♥ cantiknya seorang wanita itu, sebagai menantu menjauhi persekongkolan ipar lamai♥ cantiknya seorang wanita itu, sebagai ibu membuai anak, di kala suami menjalin mimpi♥ cantiknya seorang wanita itu, sebagai mertua telus hati menagih kasih setara pada semua♥ cantiknya seorang wanita itu, sebagai nenek menjaring teladan para anbia buat cucu-cicit♥ cantiknya seorang wanita itu, sebagai warganegara peka membela nasib dan maruah negara♥ cantiknya seorang wanita itu, sebagai warga tua menghitung hari dengan selembar mashaf♥ cantiknya seorang wanita itu, sebagai intelektualis menyala obor mewangi setanggi profesionalis♥ cantiknya seorang wanita itu, sebagai akidah solehah mengandam rindu kekasih pasrah di atas sejadah
P/S : AYAT DI ATAS SUNGGUH DALAM UNTUK DIFAHAMI :)
No comments:
Post a Comment
♥ღ♥ღ♥ terima kasih =) ♥ღ♥ღ♥
(✔) komen anda amat saya hargai ♥
╔═══╗ ♪
║███║ ♫
║ (●) ♫
╚═══╝♪♪
♥♥ sedap kan lagu kat sini ♥♥